Friday, February 5, 2010

BAHAN BINAAN- KEMASAN SILING

Kemasan Siling:
• Lepa Kapur
• Lepa Simen
• Lepa ‘tyrolean’
• Lepa ‘gypsum’


Lepa Kapur:
 Dibuat daripada bahan seperti kapur, pasir dan serabut.
 Batu kapur dibakar dengan suhu 900°C hingga 1200°C.
 Kapur yang dibuat dari proses pertama dipanggil kapur tohor(quick line)
 Kuasa menyerap air yang sangat hebat
 Oleh itu kapur ini tidak boleh terus digunakan untuk kerja lepa dan sebagainya.
 Biasanya digunakan melalui ‘slaking’
 Kapur yang telah melalui proses ‘slaking’ dikenali sebagai kapur tertindai( hydrate lime)
 jika batu kapur tersebut mengandungi banyak magnesium lebih daripada 30% maka ia dipanggil dolomait. Ianya mudah dibuat dan harganya murah.





Lepa Simen:
 Dibuat daripada simen dan pasir.
 Simen yang digunakan untuk kerja ini ialah simen Portland dan kadang kala simen putih digunakan untuk kerja hiasan.
 Pasir sungai digunakan sebagai pasir untuk kerja lepaan.
 Pasir sungai yang digunakan bagi membuat lepa siling mestilah bersaiz lebih kecil dari pasir sungai yang digunakan untuk membuat lepa tembok dan lepa lantai.
 Pasir dan air yang digunakan untuk membuat lepa ini mestilah bersih dan tidah mempunyai bahan lain dan juga bahan kimia.
 Sedikit kapur ditambah bagi memudahkan proses melepa
 Selain kapur, ‘dolomit’ dan ‘pozolan’ juga boleh digunakan.
 Nisbah mortar yang digunakan bagi membuat lepa syiling ialah 1:2.

Lepa ‘ tyrolean’:
 Lepa ini biasanya daripada kapur dan simen , dimana ia dihasilkan secara menggerutu dengan menggunakan ‘rough cast’ iaitu sejenis alat tangan.
 Sesuai untuk permukaan syiling di sebelah luar bangunan.
 Campuran simen dan pasir yang digunakan ialah 1:4.

Lepa ‘gypsum’
 Dibuat daripada campuran kapur dan gypsum.
 Dibuat dalam bentuk lapisan
 Lapisan biasanya bersaiz agak besar dan sesuaai untuk sebarang keadaan dinding.
 Kebaikannya ialah ia menyerap bunyi serta kedap
 Keburukannya ialah mudah pecah.

No comments:

Post a Comment