Friday, February 5, 2010

BAHAN BUKAN LOGAM MEMBE AQ PUNYE..AHAK

KACA
• Merupakan bahan bukan logam
• Antara kaca yang selalu dijumpai:
 Kaca optic
 Kaca keselamatan
 Kaca memesongkan pancaran atau sinaran
 Jubin kaca
 Dan blok-blok kaca untuk bangunan

• Jenis-jenis kaca:
 Kaca plat
 kualiti permukaannya lebih baik daripada kaca kepingan dengan kurang herotan
 Kaca kepingan
 memberi pandangan yang pada hakikatnya terang dan tidak herut
 Kaca penyerap haba
 kaca kepingan yang berwarna atau kaca plat yang menyerap sejumlah besar sinaran matahari, mengurangkan pembentukan haba disekitar bangunan dan mengawal silauan.
 Kaca bersepoh
 merupakan kaca yang dikuatkan dengan haba bagi meningkatkan rintangan pada hentaman dan tegasan haba.
 Kaca berlapis keselamatan
 mengandungi kepingan nipis dan kukuh berlapiskan plastic lut sinar antara dua lapisan kaca kepingan atau kaca plat
 Kaca berdawai
 jejaring dawai dimasukkan kedalam kaca yang digelekkan semasa pengilangan
 Kaca penebat
 mengandungi dua lapisan kaca yang dipisahkan oleh ruang kedap udara untuk menyediakan penebatan haba dan menghadkan pemejalwapan


PLASTIK
• Jenis-jenis plastik:
 Polyester
 Merupakan bahan plastic yang lutsinar dikenali sebagai venil.
 Terdapat dua jenis venil iaitu lembut dan keras.
 Venil keras biasanya digunakan pada kemasan lantai dan juga paip untuk saliran air. Ia juga banyak digunakan dalam perusahaan membuat kabel dawai
 Permukaan tangki asid dan gas yang mudah dihakis dikemas dengan bahan ini.
 Acrylic plastik
 Ianya lebih jernih daripada kaca dan banyak digunakan untuk membuat kanta.
 Dalam industri binaan ianya banyak digunakan pada papan tanda, tanda arahan di kilang-kilang dan juga bagi membuat tingkap kaca.
 Polisterin
 Ianya digunakan dalam pembuatan cat yang boleh larut.
 Ianya memperbaiki mutu cat supaya dapat bertahan lama dan kalis air.
 Polyethylene
 Ianya amat ringan jika dibandingkan dengan plastik-plastik yang lain. Walaubagaimanapun, ianya amat kukuh dan pada masa sekarang ia mula digunakan sebagai pengganti bingkai tingkap.
• Ciri-ciri plastik.
 Mempunyai kekuatan tegangan tinggi dan kadar kenyalan yang rendah.
 Tindak balas dalam suhu yang tinggi iaitu menjadi lemah apabila dikenakan suhu tinggi.
 Tindak balas dalam kebakaran iaitu plastic boleh dibakar tetapi dalam penambahan bahan tambahan tahan api.
 Pengaliran haba bagi plastik yang padat sama seperti kayu.
 Pengaliran elektrik menjadi penebat elektrik yang baik.
 Pergerakan haba iaitu pengembangan dengan banyaknya apabila panas dengan kadar lebih tinggi daripada logam.
 Pergerakan kelembapan iaitu kebanyakan plastik menyerap air dengan amat sikit.
 Daya ketahanan iaitu plastic tidak berkarat.
BITUMEN DAN ASFALT

• Bitumen = nama am untuk semua hidro karbon.
• Antara keluarga bitumen ialah asphalt, tar dan pitch.
 Ciri-ciri Bitumen
 Warna coklat gelap atau hitam.
 Tahan air atau wap.
 Tahan serangan asid dan alkali tetapi tidak tahan pada minyak.
 Menjadi lembut apabila terdedah kepada cahaya matahari.
• Asphalt
 Pepejal atau separa pepejal.
 Didapati dari dalam keadaan semulajadi yang dihasilkan dengan memproses petroleum.
 Asphalt semulajadi didapati dalam bentuk:
 Lake Asfalt (pasir asphalt) = dalam tanah
 Rock Asfalt (batu asphalt) = dicelah batu
 Glisonite = dapat dibumi seperti arang batu
 Kegunaan Asfalt:
 Sebagai bahan kalis air dan kalis lembab
 Bahan pelekat dan filem
 Hasilan cat
 Jubin lantai
• Tar
 Terhasil apabila proses mereput bahan berlaku. Contoh:
 Arang batu
 Kulit-kulit kerang
 Tulang-tulang binatang





CAT

• Bahan yang member perlindungan dan kecantikan kepada permukaan bahan-bahan binaan.
• Untuk tujuan menghias, kebersihan, perlindungan bahan supaya tahan lebih lama, menambahkan keberkesanan cahaya lampu dan menambah keselamatan.
• Jenis- jenis cat:
 Cat minyak – mempunyai pewarna dan cecair minyak linseed. Dalam proses menyecat, biasanya tiga lapisan cat diperlukan iaitu lapisan asas, lapisan alas dan lapisan kemasan.
 Cat air – mengandungi pewarna dan cecair resin tiruan dan hendaklah dibancuh dengan air semasa digunakan. Cat ini diperbuat daripada getah tiruan dan menghasilkan kemasan yang pudar. Ia sesuai digunakan untuk mengecat permukaan tembok bata dan konkrit.
 Cat distemper – cat kapur. Dihasilkan dengan kapur mati, dibancuh dengan air dan sedikit nila supaya kelihatan lebih putih. Jenis ini biasa digunakan untuk menyecat papan siling, tembok bata dan konkrit.
 Kegunaan khas cat:
 Cat aluminium – sebagai cat asas bagi permukaan kayu yang bergetah dan juga pada permukaan logam seperti paip air, kekuda besi dan sebagainya.
 Cat bitumen – ia memberi perlindungan yang berkesan kepada bahan yang mudah karat seperti besi. Digunakan pada tempat yang keindahan pandangannya tidak diutamakan.
 Cat kalis kulat – cat ini mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh mencegah tumbuhan kulat. Kegunaannya amat berkesan dan ekonomi bagi tempat-tempat yang mengalami kelembapan.
 Cat tahan api – mengandungi ammonium fosfat yang digunakan untuk menambahkan sifat kerintangan terhadap kebakaran pada kayu dan jenis papan yang tertentu dalam perusahaan pembinaan.


LAIN- LAIN BAHAN BUKAN LOGAM
• Nailon
 Tahan terhadap kebanyakan bahan pelarut dan bahan kimia, alkali kecuali asid galian, fenol dan kreosol
 kekuatan yang tinggi, pekali geseran rendah dan berupaya menyerap getaran.
 Digunakan dalam membuat penggalas (bearings), Bolt dan Nat, rel langsir, sliding doors, komponen injap, engsel palstik

• Melamin Formaldehid (MF)
 resin bersifat lutsinar dan mempunyai daya tahan tinggi terhadap air panas dan sangat tahan lasak pada haba
 banyak digunakan sebagai lapisan permukaan pada karbod, chipbod dll. Digunakan juga sebagai perekat


• PVC (Polivinil Klorida)
 terdapat dalam dua bentuk UPVC (tidak plastik) dan PVC (plastikan)
 bersifat lebih fleksibel
 digunakan sebagai gasket sambungan, paip air, lapisan “railing”, salur pengudaraan, penebat wayar elektrik dll.
 Rintangan terhadap alkali dan asid dan bahan kimia organik
 sesuai sebagai lapisan pembungkus mengelakkan daripada keadaan sekitaran yang mengkakis
• Getah asli
 sesuai digunakan selepas dilakukan proses pemvulkanan, mencampurkan 7% - 42% sulfur dan bahan pencepat lain seperti sebatian anilin atau sebatian organik lain pada suhu 140oC - 175oC.
 Tujuan proses ini untuk mendapatkan kualiti dan ciri tertentu getah berkenaan seperti keelastikan, kekuatan, tahan pada pelarut dan kekerasan tertentu pada sesuatu produk daripada getah.
 Antara kegunaan getah asli:
 bahan perekat, bahan dalam cat, lapisan getah, gasket, dan lain-lain



• Getah tiruan
 polimer yang mempunyai struktur molekul mirip molekul getah asli tetapi boleh disediakan di makmal.
 Boleh diproses untuk mendapatkan ciri-ciri tertentu yang lebih aik.
 Antara jenis getah tiruan /sintetik ialah:
 Neoprena: diperbuat daripada kloroprena, batu kapur dan asid hidroklorik. Getah ini tidak perlu dicampurkan sulfur supaya jadi keras. Lebih tahan pada cahaya dan haba.
 Butil: diperbuat daripada iso-butelina dan hidrokarbon melalui proses pempolimeran.
 Tiokol: diperbuat daripada polisulfida dan bersifat lebih tahan lasak. Getah tiruan pertama dibuat di USA




• Gentian
 Gentian digunakan bersama-sama bahan lain seperti polimer, simen atau konkrit membentuk suatu bahan binaan lain yang umumnya lebih kuat, dan lebih tahanlasak.
 Antara gentian yangf digunakan ialah gentian kaca, gentian keluli, gentian asbestos, dan gentian-gentian organik seperti sabut kelapa, jut dan sebagainya.
 Antara bahan keluaran daripad gentian ialah GRC (glass fibre reinforced cement), GRPC (glass fibre reinforced polymer concrete), SRC (steel fibre reinforeced concrete), Simen asbestos, asbestos-silika, lapisan nipis polimer bergentian.

• Bahan Perekat (adhesives)
 Perekat banyak gunanya dalam industri pembinaan. Antaranya ialah untuk menampal jubin (tiles), mozaik, lapisan nipis menutup dinding / siling (laminates), merekatkan dua bahagian kayu dsbnya.
 Perekat mencapai kekuatannya dengan beberapa cara berikut:
 menjadi bergel apabila sejuk / dan lembut apabila dipanaskan.
 Pelarut atau lembapan perekat meruap /tersejat atau terserap ke dalam bahan yang direkatkan.
 Hilangnya lembapan perekat dan berlaku perubahan kimia pada perekat.
 Terjadi tindakbalas kimia tidak berbalik apabila bahan pengeras atau mangkin dicampurkan ataupun setelah dipanaskan.
 Menjadi keras apabila disejukkan.
 Perekat dikategorikan mengikut ketahanlasakannya terhadap sekitaran. Iaitu: (Menurut BS 1024)
 Kelas WBP - Tahan Cuaca dan Didih : tahan terhadap cuaca, organisme mikro, air panas, sejuk, mendidih, wap air ataupun udara kering.
 Kelas BR - Tahan Didih : tahan terhadap air mendidih, tetapi tidak tahan terhadap dedahan cuaca luar, tahan air sejuk dan organisme mikro.
 Kelas MR - Tahan Lembapan : sederhana tahan terhadap cuaca luaran, tahan terhadap organisme mikro tetapi tidak tahan lama terhadap air panas. Tahan terhadap air sejuk.
 Kelas INT - Dalaman : sesuai digunakan untuk kerja rekatan dalaman sahaja. Tidak tahan lama terhadap air sejuk. Tetapi tahan terhadap keadaan lembapan yang tidak berterusan.


 Kategori Perekat menurut sumber:
 Perekat Asli : Kanji (dalaman), Sebatian turunan selulos (methil selulos)(dalaman), glu haiwan (dalaman), glu kasein (tahan didih tetapi tidak tahan basah), kaseinat, perekat bitumen (tahan cuaca dan air sejuk dan panas).
 Perekat Plastik Terma : antaranya PVA (polivinil asitat) dan EVA (ethilen Vinilasitat). ( tak tahan air panas).
 Kategori Perekat:
 Perekat Resin Set Terma : sangat kuat rekatannya - Urea formaldehid, fenol formaldehid, melamin formaldehid. Biasanya mempunyai dua bahagian iaitu polimer dan bahan pengeset. Diaktifkan dengan mencampurkan air Boleh dikategorikan kepada perekat kelas MR dan BR.
 Perekat set Sejuk : perekat terbaik Boleh mengeset dan mengeras pada suhu biasa. - Resorsinol Formadehid, resin epoksi. Tergolong dalam kelas WBR
 Perekat asas getah: biasa dilarutkan dalam pelarut meruap

• Jubin seramik
 digunakan untuk kemasan permukaan lantai, dinding kerana lebih tahanlasak, dan senang dibersihkan.
 Terbahagi kepada 4 kumpulan utama:
 jubin simen: diperbuat daripada campuran simen, agregat halus, pigmen warna dan air.
 jubin seramik: diperbuat daripada tanah lampung (clay) jenis terpilih dan dibakar dalam relau. Permukaan boleh pelbagai- bercorak, glazed, berwarna, atau kosong (tanpa corak).
 jubin mozek : bersaiz lebih kecil, diperbuat daripada tanah lampung, kaca dan porselin. Tahan lasak.
 jubin marmar: dipotong daripada batuan marmar.Terdapat dalam dua bentuk - segi empat sama dan bentuk tidak tentu atau bentuk pecah. Perlu dikisar selepas dipasangkan.
 pemasangan dengan menggunakan polimer lateks, akrilik yang dicampurkan dengan simen dan pasir atau menggunakan perekat / glu atau mortar. Ruang antara jubin diletakkan dengan bahan pengnyah air (sealant) atau grout daripada pasir halus, simen, kapur dan air.
• Terrazzo
 ialah suatu bentuk konkrit, dengan bahan-bahan simen, pasir, air dan agregat daripada kepingan halus marmar atau kuarza. Simen boleh juga digantikan dengan grout resin sintetik seperti poliester, epoksi, polikrilat.
 Boleh dipasang secara insitu atau pratuang.
 Bahan ini tidak tahan untuk asid dan alkali kuat.
 Simen yang digunakan boleh simen Portland atau simen putih bergantung pada corak yang diperlukan.
 Selepas dipasang atau terazzo keras, permukaan dikisar dan digilapkan.


Terazzo dipasang pada lantai konkrit






Terrazzo dipasang pada lantai kayu

No comments:

Post a Comment